Tutorial Photoscape: Pengenalan Asas Editor

Untuk menarik pelanggan, gambar produk perlulah jelas & terang untuk tatapan. Saya telah berkongsi tips mengambil gambar di dalam entri ini. Sambungan dari itu, saya akan terangkan cara untuk membuat sedikit editing pencahayaan menggunakan PhotoScape yang boleh anda download dengan mengikuti langkah-langkah di entri ini.
tips grafik edit gambar

Sudah muat turun & install PhotoScape anda? Ok, mulakan perisian PhotoScape dan anda skrin berikut akan terpampang. Klik pada butang ‘Editor’.

tips grafik edit gambar
Selepas itu akan muncul paparan seperti di bawah.
tips edit gambar
Skrin ini terbahagi kepada 4 panel utama iaitu, browser, preview, thumbnails dan juga controller.

photoscape, asas grafik, tips grafik
Seterusnya, di panel browser, sila klik pada folder utama gambar yang ingin anda edit. Anda akan lihat kesemua gambar yang ada dalam folder terbabit melalui melalui thumbnails. Pilih gambar anda, dan gambar pilihan akan muncul di panel preview.
Sekarang kita teruskan dengan langkah-langkah untuk membuat adjustment pada pencahayaan gambar.
1. Klik pada bentuk tiga segi di sebelah ‘Auto Level’. Akan keluar satu menu kecil dengan tiga pilihan, Low, Medium & High. Antara tiga pilihan terbabit, pilih satu yang paling sesuai. 
Untuk gambar saya, saya memilih Auto Level > Medium. 
Pada tahap ini, sudah nampak perbezaan ketara tetapi saya masih ingin menghaluskan lagi gambar ini.
artchetak, photoscape, tips gambar
2. Jadi, saya klik pada bentuk tiga segi di tepi ‘Bloom’ dan mengambil pilihan ‘Low’. 
Kegunaan Bloom di sini adalah untuk memberi sedikit glow supaya gambar nampak lebih smooth & bersih.
Berikut adalah hasil akhir gambar tadi. Saya zoomkan untuk anda lihat perbezaan hasil editing antara dua langkah di atas. Teruskan praktis dengan menu-menu lain untuk mendapat hasil editing yang memuaskan.