Asas Grafik: Apa beza JPEG, PNG & GIF?

“Tolong save artwork dalam JPEG ye”
“Simpan guna GIF, biar latar belakangnya transparent”
“Semua ikon dan butang, simpan saja dalam PNG untuk laman web ni”

Apa terma-terma yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas? Jpeg/jpg, gif dan png adalah tiga jenis format simpanan fail imej yang paling banyak digunakan. Fail-fail akan disimpan dalam format nama seperti berikut:

imejlatar.jpeg/ imejlatar.jpg
imejlatar.gif
imejlatar.png

Apa perbezaannya dan yang mana satu sesuai untuk kita gunakan? Saya jelaskan melalui jadual berikut. Anda boleh simpan jadual ini dengan klik-kanan dan pilih “Save link as..”.

perbezaan jpeg jpg gif png
Saya banyak menggunakan format jpeg & png, bergantung pada keperluan. Aplikasi Inkscape boleh membuka kesemua format di atas tetapi tidak boleh menyimpan fail dalam format gif. Manakala PhotoScape boleh membuka & menyimpan kesemua format di atas, malahan mampu menghasilkan fail animasi gif. Menarik bukan? Jika anda masih belum memuat turun kedua-dua aplikasi tersebut, boleh rujuk langkah-langkah muat turun & installation di sini untuk PhotoScape dan di sini bagi aplikasi Inkscape.
Rujukan